
Latihan Kerohanian: Puasa Sunat Isnin & Khamis
Sebagai sebahagian daripada latihan kerohanian dan pembinaan jiwa, pelajar-pelajar Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) digalakkan untuk melazimi puasa sunat Isnin dan Khamis. Ini adalah usaha untuk mendidik mereka mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mencontohi amalan para mukmin.
Setiap minggu, anak-anak akan berpuasa dan berbuka secara berjemaah. Aktiviti ini diserikan lagi dengan bacaan Surah Yasin, tahlil, dan surah-surah harian sebagai pengisian rohani.
Kami membuka ruang kepada para dermawan yang ingin menginfaqkan makanan, juadah atau kuih-muih untuk majlis berbuka puasa ini. Sumbangan ini besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT:
> "Dan apa sahaja kebaikan yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah: 273)
Rasulullah SAW juga bersabda:
> “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripada pahala orang berpuasa tersebut.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Jika tuan/puan berhajat untuk turut serta dalam saham akhirat ini, boleh hubungi kami di talian: 012-393 4840.
Semoga apa yang kita tanam hari ini menjadi tuaian yang berkat di ladang akhirat kelak.
Dr Muhammad Adnan Abdullah
Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
May Bank
5550 2305 3553